Oleh Ritah Yahaya
16 Februari 2022, 12:50

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Platform beli-belah dalam talian Jana’Preneur dan program latihan kemahiran untuk penempatan bekas banduan, Peluang Kedua dan Peluang untuk Rakyat Cemerlang atau Second Chances and Opportunities for People to Excel (Scope), dan pembaharuan Pusat Sumber Manusia Kebangsaan akan memainkan peranan strategik sebagai kumpulan pemikir (think tank) HRD&M pada peringkat kebangsaan.

Presiden Persatuan Majikan-Majikan Malaysia, Dato’ Dr. Syed Hussain Syed Husman menambah, “Menjadi tanggungjawab kolektif semua rakyat Malaysia untuk saling membantu. Kita tidak boleh menolak segala-galanya kepada kerajaan. Persatuan Majikan-Majikan Malaysia percaya bahawa majikan sektor swasta akan memainkan peranan mereka secara positif untuk menyokong skim HRD Corp ini dengan mengambil kakitangan terlatih yang akan meningkatkan produktiviti dan daya saing.

Kerajaan sedang berusaha sedaya upaya untuk melatih,  semula dan meningkatkan kemahiran semua lapisan masyarakat bagi memastikan rakyat yang memerlukan pendapatan tambahan berpeluang memperoleh pendapatan lebih. Hal ini adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial kerajaan kerana kebanyakan segmen masyarakat istimewa ini memerlukan pendapatan tambahan untuk menambah pendapatan mereka.

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.