Oleh Ritah Yahaya
16 Februari 2022, 11:56

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Skim Pemantapan Bakat dan Aktifkan Semula Suri Rumah dibangunkan oleh HRD Corp (Human Resource Development Corporation) dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Wanita untuk membantu suri rumah dan ibu tunggal dengan menyediakan mereka dengan penjanaan pendapatan dan peluang pekerjaan.

Program ini amat kritikal kerana banyak wanita Malaysia yang berhenti kerjaya mereka di tengah-tengah jalan dan memerlukan bantuan untuk membuat kemunculan semula kerjaya nanti. Program ini juga menyediakan platform untuk suri rumah dan ibu tunggal memperoleh pendapatan di luar pekerjaan tradisional sama ada melalui pekerjaan formal ataupun bekerja sendiri. Program ini juga menyediakan peluang latihan dengan kemahiran khusus seperti peningkatan sosial dan ekonomi serta kemajuan teknologi untuk mencapai kestabilan ekonomi.

Presiden Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia, Dato’ Dr. Syed Hussain Syed Husman menambah bahawa “Menjadi tanggungjawab kolektif semua rakyat Malaysia untuk saling membantu.” Kita tidak boleh menolak segala-galanya kepada kerajaan. Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia percaya bahawa majikan sektor swasta akan memainkan peranan mereka secara positif untuk menyokong skim HRD Corp dengan mengambil kakitangan terlatih yang akan meningkatkan produktiviti dan daya saing.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.