16 Februari 2022, 10:58

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Sekurang-kurangnya 600 000 peluang pekerjaan baharu akan diwujudkan tahun ini di bawah inisiatif Jamin Kerja Keluarga Malaysia yang akan dilancarkan secara rasmi tidak lama lagi.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menyatakan bahawa pelbagai program latihan dan peningkatan kemahiran turut akan dianjurkan dalam merancakkan kembali sektor pekerjaan yang terjejas dek pandemik.

Beliau yakin sasaran itu dapat dicapai berdasarkan pencapaian cemerlang tahun lepas yang berjaya melepasi angka 500 000 peluang pekerjaan yang ditetapkan.

Program itu melibatkan tiga komponen, iaitu insentif pengajian, MyStep dan program latihan  peningkatan kemahiran  “rescaling” dan “upscaling”.

“Bagi insentif pengajian kerja ini permohonan insentif telah dibuka sebenarnya dari 17 Januari yang lepas, boleh dibuat melalui laman web Perkeso. “Program MyStep merupakan peluang pekerjaan kepada pekerja untuk menyertai Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan juga kerajaan. “Kerajaan juga sasarkan 220 000 pelatih menjalani “rescaling” dan “upscaling” dan semua pelatih akan diberikan peluang pekerjaan kerana kita memberi jaminan itu,” katanya.

Inisiatif Jamin Kerja Keluarga Malaysia yang diperuntukkan dana RM4.8 bilion itu akan dilancarkan secara rasminya oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 19 Februari ini.

Pada majlis pelancaran itu nanti, kata Tengku Zafrul, akan ada lebih kurang 50 majikan dengan 2500 peluang pekerjaan dibuka dengan sesi temuduga dan kaunseling kerja. Selain itu,  pelbagai aktiviti lagi akan diadakan pada majlis tersebut.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.