Oleh Ritah Yahaya
15 Februari 2022, 16:26

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – HRD Corp diamanahkan untuk menyampaikan program latihan peningkatan kemahiran dan kemahiran semula dan akan dapat melaksanakan tugasnya melalui platform bersepadu atau single window untuk rakyat Malaysia mencari dan memohon program pembangunan kemahiran yang ditawarkan oleh kerajaan.

Presiden Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia, Dato’ Dr Syed Hussain Syed Husman menyatakan bahawa “Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia menghargai pelbagai program yang disasarkan kepada golongan ini. Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia berterima kasih kepada Datuk Shahul Hameed Dawood, Ketua Pegawai Eksekutif HRD Corp dan YB Datuk Seri M Saravanan, Menteri Sumber Manusia kerana memberikan tumpuan untuk mendidik, melatih dan membangunkan kumpulan ini dengan lebih mudah bekerja. Persekutuan Majikan-majikan Malaysia menyokong inisiatif ini dan menggalakkan ahlinya untuk menyokong dan menjayakan program ini.”

“Skim warga emas yang menyasarkan warga emas berumur 60 tahun ke atas dibangunkan untuk menjanakan pendapatan dan menyediakan pekerjaan kepada pesara dengan menyertai kursus latihan berkaitan nilai tambah yang diperlukan oleh majikan dan industri.  Skim ini menawarkan program penjanaan pendapatan dan tawaran pekerjaan yang lebih produktif dan selaras dengan keperluan pesara. Skim ini bertujuan meningkatkan pengambilan pesara serta menggunakan kemahiran pesara dan pengalaman lepas mereka.

Skim Seniors Back in Action (SEBA) akan terus membantu rakyat menjanakan pendapatan dan menjalani hari tua yang layak pada masa hadapan. Hal ini sedikit sebanyak akan menangani simpanan yang rendah dalam KWSP untuk sebahagian ahlinya.

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.