Oleh Ritah Yahaya
15 Februari 2022, 15:59

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Bagi tahun 2022, ekonomi domestik dijangka kekal dalam laluan pemulihannya, disokong oleh pengembangan berterusan dalam permintaan global dan perbelanjaan sektor swasta yang lebih tinggi memandangkan keadaan pasaran buruh yang bertambah baik dan sokongan dasar yang berterusan. Penerusan projek pelaburan utama bagi sektor awam dan swasta juga akan menyokong pertumbuhan.

Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Nor Shamsiah menjelaskan, “Malaysia berada pada kedudukan yang baik untuk terus mendapat manfaat daripada pengembangan dalam aktiviti ekonomi dan perdagangan global. Pencepatan program vaksinasi penggalak COVID-19 dan vaksinasi kanak-kanak yang berumur lima tahun ke atas, ditambah dengan kapasiti yang mencukupi dalam sistem penjagaan kesihatan, akan meningkatkan aktiviti ekonomi domestik, sekali gus mengukuhkan momentum pemulihan.”

Pada masa yang sama, imbangan risiko kekal condong ke arah bawah, terutamanya daripada pembangunan sekitar COVID-19, sama ada pada peringkat global mahupun domestik.

Inflasi pada tahun 2022 berkemungkinan kekal sederhana disebabkan oleh kesan asas inflasi bahan api lesap. Inflasi teras dijangka meningkat apabila aktiviti ekonomi kembali normal dalam persekitaran kos input yang tinggi. Namun begitu, inflasi teras dijangka sederhana, dengan risiko menaik dikawal oleh kelonggaran berterusan dalam ekonomi dan pasaran buruh. Tinjauan itu tertakluk kepada perkembangan harga komoditi global di tengah-tengah risiko daripada gangguan berkaitan dengan bekalan yang berpanjangan.

 

Bank Negara Malaysia dijangka menerbitkan Laporan Tahunan 2021 (AR 2021), Kajian Ekonomi dan Kewangan 2021 (EMR 2021), dan Kajian Kestabilan Kewangan bagi Separuh Kedua 2021 pada 30 Mac 2022.

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.