14 Februari 2022, 12:22

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kangar – Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail telah berkenan menyerahkan sumbangan MAIPs berjumlah RM21 000 kepada seramai 30 orang asnaf terpilih dalam kalangan anak kariah Masjid Jamek Beseri. Mereka menerima sumbangan sebanyak RM700 setiap seorang.

Baginda bertitah bahawa golongan belia perlu sentiasa diberikan dorongan untuk menyertai sektor pertanian secara komersial kerana sektor ini mempunyai potensi yang besar dan menguntungkan negara.

Selain itu, penglibatan golongan belia juga diharap dapat mentransformasikan sektor pertanian dengan penggunaan teknologi automasi, pendigitalan dan pertanian pintar untuk memajukan sektor pertanian di negara ini.

Tambah baginda lagi, golongan muda perlu menjadikan negara Taiwan dan Belanda sebagai contoh dalam sektor pertanian.

Walaupun negara tersebut mempunyai tanah yang terhad, tetapi mereka berjaya menjadi negara pengeluar produk pertanian yang dikenali di seantero dunia.

Sehubungan dengan itu, DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berharap agar agensi yang berkaitan mengambil tindakan proaktif dan berganding bahu untuk mengembalikan kegemilangan sektor pertanian dengan menerokai sumber tanaman baharu yang berpotensi untuk dikomesialkan.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.