Oleh Ritah Yahaya
12 Februari 2022, 11:00

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Putrajaya – Insiden yang melibatkan penerbangan AirAsia dari Kuala Lumpur ke Tawau, Sabah pada 11 Februari 2022 baru-baru ini apabila seekor ular ditemui di dalam pesawat, telah selamat dilencongkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Sarawak mengikut prosedur keselamatan yang diperlukan.

Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT)  berhubung rapat dengan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengenai perkara ini. Pengawal selia keselamatan dan teknikal menguruskan perkara ini dengan baik dengan syarikat penerbangan tersebut mengikut semua prosedur dan peraturan keselamatan.

Setiap syarikat penerbangan mematuhi semakan prapenerbangan yang ketat sebagai sebahagian daripada keperluan dan Prosedur Operasi Standard. Sehubungan dengan itu, CAAM akan terus memantau situasi dengan pengurusan syarikat penerbangan untuk memastikan segala mitigasi risiko diuruskan dengan sewajarnya.

CAAM tidak akan berkompromi dalam sebarang isu yang boleh
menjejaskan keselamatan operasi syarikat penerbangan.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.