Oleh Ritah Yahaya
11 Februari 2022, 10:52

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Putrajaya – Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) memaklumkan bahawa penjualan tiket bas dan penerbangan bagi inisiatif Vaccinated Travel Lane (VTL) antara Malaysia dengan Singapura (laluan udara dan darat) ini dibuka semula sepenuhnya, iaitu 100% daripada kapasiti bas dan penerbangan, berkuat kuasa serta-merta.

Keputusan ini juga adalah berdasarkan penilaian risiko semasa dan persetujuan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia. Inisiatif VTL ini berjaya meningkatkan jumlah pengendalian penumpang antarabangsa dan seterusnya membantu meningkatkan sektor pelancongan dan ekonomi negara.

Hingga 14 Februari 2022, sebanyak  171 583 orang pengembara dari Singapura memanfaatkan insiatif ini. Penjualan tiket penerbangan akan dibuka dan berkuat kuasa serta-merta untuk perjalanan segera. Selain itu, kedua-dua bauh negara juga sedang mengadakan perbincangan lanjut untuk memperluas laluan

VTL Melalui Udara

Penjualan tiket penerbangan akan dibuka dan berkuat kuasa serta-merta untuk perjalanan segera. Selain itu, kedua-dua buahnegara juga sedang mengadakan perbincangan lanjut bagi memperluaskan laluan VTL Laluan Udara ke Pulau Pinang dan Kota Kinabalu untuk dilaksanakan tidak lama lagi.

Dalam hubungan ini, MOT melalui Malaysia Airports Holdings Berhad sedang menyediakan fasiliti ujian saringan COVID-19 dan kemudahan-kemudahan yang berkaitan di lapangan terbang yang berkaitan bagi menyokong pelaksanaan inisiatif tersebut kelak.

VTL Laluan Udara ke Pulau Pinang dan Kota Kinabalu untuk dilaksanakan tidak lama lagi. Dalam hubungan ini, MOT melalui Malaysia Airports Holdings Berhad sedang menyediakan fasiliti ujian saringan COVID-19 dan kemudahan-kemudahan yang berkaitan di lapangan terbang yang berkaitan bagi menyokong pelaksanaan inisiatif tersebut kelak.

VTL Melalui Darat

Penjualan tiket bas akan disambung semula berkuatkuasa serta-merta tetapi hanya untuk perjalanan bermula 22 Februari 2022 dan seterusnya. Diharapkan inisiatif ini dapat memanfaatkan rakyat serta merancakkan sektor pelancongan dan terus memacu pertumbuhan ekonomi bagi kedua-dua buah negara. Pada masa yang sama, semua pihak diingatkan supaya tidak alpa dan leka dalam mematuhi segala peraturan atau Prosedur Operasi Standard yang ditetapkan demi kebaikan diri serta insan tersayang di sekeliling.

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.