11 Februari 2022, 14:51

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Bank Negara Malaysia (BNM) menjangkakan inflasi kekal menyederhana pada tahun 2022  manakala inflasi teras juga berkemungkinan kekal sederhana pada tahun ini.

Gabenor Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus berkata bank pusat akan terus berhati-hati terhadap perkembangan berterusan dalam permintaan dan tekanan kos selain terus terlibat secara aktif dengan pemain industri untuk memantau dinamik harga dengan teliti apabila keadaan ekonomi bertambah baik.

“Kami menjangkakan perbelanjaan isi rumah terus menyokong pertumbuhan tahun ini. Pelonggaran langkah-langkah pembendungan dan pemulihan pasaran pekerjaan serta keadaan pendapatan merupakan faktor yang akan meningkatkan aktiviti penggunaan. “Bagaimanapun, perkembangan berkisar pandemik terutamanya jika penggunaan kapasiti penjagaan kesihatan mengalami tekanan berserta tekanan terhadap harga akibat kekangan bekalan mungkin boleh menjejaskan sentimen dan perbelanjaan sebenar.”

Pada tahun 2021, purata inflasi keseluruhan ialah 2.5 peratus berbanding -1.2% pada tahun 2020 manakala inflasi teras mencatatkan purata sebanyak 0.7% daripada 1.1 peratus pada tahun 2020.

Nor Shamsiah turut mengetepikan kebimbangan Malaysia memasuki fasa hiperinflasi sambil menyatakan stagflasi ala-1974 tidak mungkin berlaku.

“Sekiranya kita mengimbas kembali dalam tempoh 30 tahun lepas, kadar inflasi tertinggi yang kita pernah lihat ialah kira-kira 8.5% pada Julai-Ogos 2008 apabila harga minyak meningkat dua kali ganda kepada hampir USD150.00 setong daripada USD74.00 setong tahun sebelumnya.”

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.