Oleh Ritah Yahaya
10 Februari 2022, 11:46

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Mesyuarat Ke-12 Menteri Kuartet COVID-19 bertarikh 8 Februari 2022 telah bersetuju dengan pelaksanaan Prosedur Operasi Standard baharu untuk aktiviti umrah. Antara perkara-perkara penting di bawah Prosedur Operasi Standard baharu ini adalah:

  1. Syarikat pengendali umrah perlu melantik Person In Charge (PIC) bagi kumpulan yang mempunyai 40 jemaah dan ke atas untuk mengawal/mengelola jemaah sepanjang perjalanan termasuk semasa di lapangan terbang atau Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) Malaysia. Manakala bagi kumpulan yang kurang daripada 40 orang jemaah, PIC perlu menguruskan jemaah di PMA. Tatacara pengurusan dan bagaimana untuk memohon kebenaran PIC untuk masuk ke ruang PMA di KLIA akan dimaklumkan kemudian melalui persatuan-persatuan pengendali umrah.
  2. Mewajibkan dos penggalak.
  3. Membenarkan menjalani kuarantin wajib di tempat kediaman tanpa memohon kelulusan HQA. Tetapi jemaah dibenarkan menjalani kuarantin wajib di stesen kuarantin swasta dengan kos penginapan, makan minum dan rawatan ditanggung sendiri.

Prosedur Operasi Standard baharu ini akan dikuatkuasakan bermula pada 14 Februari 2022. Susulan itu, kepada para jemaah yang melaksanakan perjalanan mengerjakan umrah dari 8 Februari 2022 hingga 13 Februari 2022 boleh mengguna pakai tatacara Prosedur Operasi Standard sebelum ini. Penggunaan Prosedur Operasi Standard baharu akan mula diterima pakai sebaik sahaja jemaah kembali semula ke Malaysia, termasuklah menjalani kuarantin di rumah secara automatik kecuali yang memilih untuk kuarantin di pusat kuarantin swasta.

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sedang mengatur sesi Training for Trainers (TOT) dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia kepada semua syarikat pengendali umrah yang berlesen di bawah MOTAC mengenai pemakaian Prosedur Operasi Standard baharu ini. Mereka seterusnya bertanggungjawab untuk memberikan taklimat penerangan kepada jemaah di bawah kendalian mereka sebelum berlepas mengerjakan umrah.

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.