Oleh Ritah Yahaya
8 Februari 2022, 15:56

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Xsolla, enjin perniagaan permainan video yang membantu pembangun dan penerbit melancarkan dan mengoperasi permainan secara global, pada hari ini mengumumkan bergabung dengan Paytm Payment Gateway, penyedia solusi pembayaran India yang terkemuka, untuk membawakan solusi pembayaran permainan ke India. Industri permainan Malaysia terus berkembang pesat dan pendapatan diunjurkan untuk mencecah nilai melebihi USD402 juta pada tahun 2021, dan dengan disokong oleh pembangun permainan tempatan yang semakin mendapat perhatian antarabangsa, industri ini sudah bersiap sedia untuk menyahut cabaran bagi mencapai pertumbuhan yang lebih signifikan lagi.

 

Pembangun permainan Malaysia sekarang mempunyai akses yang lebih mudah ke pasaran permainan India yang sedang tumbuh dengan rancak, tatkala Xsolla sibuk menyepadukan Dompet Digital Paytm, Unified Payment Interface (UPI), dan solusi pembayaran perbankan dalam talian ke dalam platform Pay Stationnya. Pembangun permainan dan penerbit video Malaysia boleh mengaut keuntungan daripada produk mereka di India yang memberi mereka akses kepada pasaran permainan yang amat besar dengan lebih daripada 400 juta orang pemain yang menduduki tempat kedua di belakang bes pemain China.

“India menjadi satu daripada ekonomi gergasi permainan yang paling pesat berkembang di  Asia, membawa masuk lebih kurang $1.5B setiap tahun, dengan angka pertumbuhan dijangkakan untuk berkembang tiga kali ganda menjelang tahun 2024,” kata Ketua Pembayaran dan Dagangan Xsolla, Anton Zelenin. “Dari segi sejarah, pasaran pembayaran India telah lama didominasi oleh urusan secara wang tunai dan hanya sekarang pembayaran digital mulai berkembang untuk memenuhi permintaan dari aktiviti membeli-belah atas talian, satu budaya baru yang dipacu oleh penularan penggunaan telefon pintar, yang kian meningkat saban hari. Untuk menjual dengan berjaya di negara ini, pembangun perlu mempunyai akses kepada pelbagai kaedah pembayaran yang kadangkala boleh menjadi agak rumit. Xsolla mengisi kekosongan tersebut dan membawa nilai dengan menawarkan solusi pembayaran kami untuk menjadi perantaramuka kepada kaedah pembayaran tempatan yang diprasepadukan.”

“Kami amat gembira untuk berkongsi dengan satu jenama global seperti Xsolla,” kata Praveen Sharma, Timbalan Presiden Kanan – Paytm. “Industri permainan di India telah berada di satu trajektori pertumbuhan yang menaik dalam beberapa tahun kebelakangan, dan ini adalah satu trend yang akan bersambung pada masa akan datang. Solusi yang Xsolla beri kepada industri telah memecah kebuntuan dari segi pembayaran dan menjadi pembuka jalan utama, dan kami amat berbangga untuk menjadi rakan kongsi pembayaran dalam perjalanan ini.”

Mana-mana pedagang yang mahu menjalankan perniagaan di India memerlukan satu entiti tempatan dan satu akaun bank tempatan. Integrasi dengan Paytm Payment Gateway mengukuhkan Xsolla sebagai pedagang berekod untuk pelanggannya, membolehkan mereka untuk memintas proses rumit yang banyak mengambil masa itu. Xsolla merupakan satu daripada beberapa perkhidmatan terpilih yang menawarkan pembayaran tempatan di India untuk pelanggan merentas sempadan dan hal ini membenarkan semua pelanggan Malaysia mereka untuk mempunyai akses mudah ke pasaran permainan yang amat besar ini.

Untuk mempelajari lebih banyak mengenai tawaran Pay Station Xsolla sila lawati: https://xsolla.pro/xps

Untuk mempelajari lebih banyak mengenai ekonomi permainan di India, muat turun ebuku kami di: https://xsolla.pro/ieb

 

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.