8 Februari 2022, 14:58

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – CIMB Bank Berhad dan CIMB Islamic Bank Berhad menjalinkan kerjasama dengan Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) untuk menyediakan rebat faedah bagi menyokong pemulihan peniaga kecil dan sederhana (PKS) pasca COVID-19.

Menerusi Skim Usahawan CIMB (NCES) di bawah NCIA, PKS yang layak akan mendapat rebat sebanyak 50 % daripada jumlah faedah dan keuntungan untuk permohonan mereka kepada Program Pembiayaan Quick Biz CIMB SME.

Inisiatif ini akan menyokong sasaran NCIA sekurang-kurangnya sebanyak 1000 PKS dan PKS mikro dalam baki tempoh Rancangan Malaysia ke-12.

NCIA ialah badan berkanun yang bertanggungjawab untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) meliputi empat negeri utara Semenanjung Malaysia yang merangkumi Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.

Sebagai sebahagian daripada usaha mereka untuk membantu dan menghidupkan semula PKS semasa pandemik, NCIA telah melanjutkan inisiatif rebat mereka kepada institusi kewangan, dengan CIMB sebagai rakan baharu.

Untuk maklumat lanjut mengenai program NCES, PKS boleh berhubung dengan Pengurus Perhubungan CIMB atau melawat mana-mana cawangan bank CIMB atau CIMB Islamic Bank.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.