Diterbitkan pada 29 November 2024, 12:08

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Cyberjaya – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) memaklumkan bahawa Pejabat Satelit HASiL di negeri Kelantan dan Terengganu ditutup sementara berikutan bencana banjir yang melanda negara.

Lokasi penutupan pejabat Satelit HASiL.

Untuk makluman, Pejabat Satelit HASiL tersebut hanya akan dibuka semula setelah keadaan kembali pulih dan mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa.

Dalam tempoh penutupan ini, para pelanggan disarankan untuk melakukan urusan berkaitan dengan HASiL secara dalam talian menerusi portal rasmi HASiL melalui  www.hasil.gov.my.

HASiL ingin menasihatkan orang ramai yang tinggal di kawasan yang berisiko tinggi dilanda banjir agar sentiasa berwaspada serta menjaga keselamatan dan mematuhi arahan pihak yang berwajib dari semasa ke semasa.

Sebarang pertanyaan serta maklum balas, sila hubungi kami menerusi:

  1. Pusat Hubungan Hasil (HCC) melalui talian 03-8911 1000/603-8911 1000 (Luar Negara);
  2. Sembang Langsung HASiL; dan
  3. Borang Maklum Balas menerusi portal rasmi HASiL melalui pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/Public/
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi