Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangCyberjaya – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) memaklumkan bahawa Pejabat Satelit HASiL di negeri Kelantan dan Terengganu ditutup sementara berikutan bencana banjir yang melanda negara.

Untuk makluman, Pejabat Satelit HASiL tersebut hanya akan dibuka semula setelah keadaan kembali pulih dan mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa.
Dalam tempoh penutupan ini, para pelanggan disarankan untuk melakukan urusan berkaitan dengan HASiL secara dalam talian menerusi portal rasmi HASiL melalui www.hasil.gov.my.
HASiL ingin menasihatkan orang ramai yang tinggal di kawasan yang berisiko tinggi dilanda banjir agar sentiasa berwaspada serta menjaga keselamatan dan mematuhi arahan pihak yang berwajib dari semasa ke semasa.
Sebarang pertanyaan serta maklum balas, sila hubungi kami menerusi: