Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangCyberjaya – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) mengalu-alukan penyertaan orang ramai untuk menyertai Seminar Percukaian Kebangsaan (SPK) 2024 yang akan diadakan pada 23 Oktober 2024 dan 29 Oktober 2024.
Maklumat SPK adalah seperti yang berikut:

Pendaftaran bagi Siri 1 akan dibuka sehingga 20 Oktober 2024, manakala Siri 2 akan dibuka sehingga 25 Oktober 2024 menerusi portal SPK melalui https://seminar.hasil.gov.my.
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkaitan seminar ini boleh dirujuk pada portal tersebut atau dikemukakan kepada pihak Urus Setia SPK 2024 melalui e-mel, [email protected].
Tiga topik penting yang diketengahkan pada seminar kali ini akan dikupas oleh pembentang dan ahli panel yang berpengalaman terdiri daripada pegawai kanan dari Kementerian Kewangan Malaysia, HASiL, Chartered Tax Institute of Malaysia (CTIM) dan Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia (M.A.T.A), iaitu:
Orang ramai khususnya pengamal percukaian, badan perakaunan dan profesional serta pembayar cukai digalakkan untuk menyertai seminar ini bagi mendapatkan maklumat terkini berkenaan dengan pindaan semua akta yang ditadbir oleh HASiL lanjutan Pembentangan Belanjawan 2025 oleh YAB Perdana Menteri pada 18 Oktober 2024.
Sebagai maklumat tambahan, pihak Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp) telah membenarkan majikan berdaftar dengan HRD Corp untuk menuntut kos latihan peserta SPK 2024.
Majikan berdaftar yang berminat hanya perlu memilih “Butiran Penyedia Latihan Tidak Berdaftar – Kerajaan” di bawah Skim Bantuan Latihan (SBL) semasa membuat permohonan geran latihan.
Untuk sebarang pertanyaan serta maklum balas, sila hubungi HASiL menerusi: