Diterbitkan pada 14 Oktober 2024, 17:05

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Cyberjaya – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) mengalu-alukan penyertaan orang ramai untuk menyertai Seminar Percukaian Kebangsaan (SPK) 2024 yang akan diadakan pada 23 Oktober 2024 dan 29 Oktober 2024.

Maklumat SPK adalah seperti yang berikut:

Pendaftaran bagi Siri 1 akan dibuka sehingga 20 Oktober 2024, manakala Siri 2 akan dibuka  sehingga 25  Oktober 2024 menerusi portal SPK melalui https://seminar.hasil.gov.my.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkaitan seminar ini boleh dirujuk pada portal tersebut atau dikemukakan kepada pihak Urus Setia SPK 2024 melalui e-mel, [email protected].

Tiga topik penting yang diketengahkan pada seminar kali ini akan dikupas oleh pembentang dan ahli panel yang berpengalaman terdiri daripada pegawai kanan dari Kementerian Kewangan Malaysia, HASiL, Chartered Tax Institute of Malaysia (CTIM) dan Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia (M.A.T.A), iaitu:

  1. Cadangan Belanjawan 2025
  2. Pelaksanaan e-Invois: Amalan Terbaik dan Cabaran Kepada Perniagaan di Malaysia
  3. Transaksi Mata Wang Digital: Perspektif Percukaian di Malaysia

Orang ramai khususnya pengamal percukaian, badan perakaunan dan profesional serta pembayar cukai digalakkan untuk menyertai seminar ini bagi mendapatkan maklumat terkini berkenaan dengan pindaan semua akta yang ditadbir oleh HASiL lanjutan Pembentangan Belanjawan 2025 oleh YAB Perdana Menteri pada 18 Oktober 2024.

Sebagai maklumat tambahan, pihak Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp) telah membenarkan majikan berdaftar dengan HRD Corp untuk menuntut kos latihan peserta SPK 2024.

Majikan berdaftar yang berminat hanya perlu memilih “Butiran Penyedia Latihan Tidak Berdaftar – Kerajaan” di bawah Skim Bantuan Latihan (SBL) semasa membuat permohonan geran latihan.

Untuk sebarang pertanyaan serta maklum balas, sila hubungi HASiL menerusi:

  1. Pusat Hubungan HASiL (HCC) melalui  talian  03-8911 1000 /603-8911  1000 (Luar Negara);
  2. Sembang Langsung HASiL; atau
  3. Borang maklum balas  di portal  rasmi  HASiL melalui pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/Public/
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi