Diterbitkan pada 4 September 2024, 16:55

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Cyberjaya – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) memaklumkan bahawa operasi terhad Kaunter Perkhidmatan Percukaian di Menara HASiL, Johor Bahru telah dilanjutkan hingga 30 September 2024.

Sebagai alternatif, pembayar cukai adalah digalakkan menggunakan e-Janji Temu menerusi  portal  HASiL  atau  menggunakan  e-Perkhidmatan  yang  boleh  diakses menerusi gerbang portal MyTax melalui pautan  https://mytax.hasil.gov.my.

Selain itu, pembayar cukai juga dinasihatkan  untuk  berkunjung  ke  pejabat  HASiL  berdekatan  di UTC Galleria Johor Bahru, UTC Pasir Gudang, Pejabat Satelit Pontian dan Pejabat Satelit Kota Tinggi.

Untuk sebarang pertanyaan serta maklum balas, sila hubungi HASiL menerusi:

  • Pusat Hubungan HASiL (HCC) melalui  talian  03-8911  1000  / 603-8911  1000 (Luar Negara);
  • Sembang Langsung HASiL; atau
  • Borang Maklum Balas dalam Portal Rasmi HASiL melalui pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/Public/
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi