Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram
Langgan SekarangCyberjaya – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) memaklumkan bahawa operasi terhad Kaunter Perkhidmatan Percukaian di Menara HASiL, Johor Bahru telah dilanjutkan hingga 30 September 2024.
Sebagai alternatif, pembayar cukai adalah digalakkan menggunakan e-Janji Temu menerusi portal HASiL atau menggunakan e-Perkhidmatan yang boleh diakses menerusi gerbang portal MyTax melalui pautan https://mytax.hasil.gov.my.
Selain itu, pembayar cukai juga dinasihatkan untuk berkunjung ke pejabat HASiL berdekatan di UTC Galleria Johor Bahru, UTC Pasir Gudang, Pejabat Satelit Pontian dan Pejabat Satelit Kota Tinggi.
Untuk sebarang pertanyaan serta maklum balas, sila hubungi HASiL menerusi: