Diterbitkan pada 23 Februari 2022, 10:23

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kuala Perlis – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) menerima wang zakat perniagaan sebanyak RM583 330.13 bagi tahun 2020 daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB). Wang zakat tersebut disampaikan oleh Ketua Pegawai Global Business Solutions, Ahmad Hushairi Ibrahim yang mewakili Pengerusi TNB kepada Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.

Penyerahan wang zakat tersebut disaksikan oleh Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, DYTM Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil di Dewan Orang Ramai Kampung Pulau Ketam, Kampung Seberang Ramai.

Dalam majlis yang sama, baginda turut berkenan membuat pelepasan sebanyak 70 orang peserta Explorace TNB 2022 yang disertai oleh ketua-ketua jabatan kerajaan negeri dan pengamal media Perlis.

 

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi