Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangKuantan – Dalam usaha melonjakkan potensi usahawan mikro untuk mengembangkan perniagaan di Malaysia, Small Medium Enterprise Corporation (SME Corp.) menyediakan satu inisiatif khas yang menyasarkan perusahaan mikro dinamik di seluruh Malaysia melalui Program GrowBiz 2025.
Menurut Yang Berusaha (YBrs.) Puan Nadia Yusof, Pengarah SME Corp. Negeri Pahang,
Usahawan yang terpilih mengikuti Program GrowBiz akan menerima geran berbentuk tajaan yuran sehingga 90% yang bersamaan dengan RM12,000.00. Peserta hanya perlu membayar RM1400.00 sebagai yuran komitmen sahaja.
Dalam ucapan semasa Taklimat Pengenalan GrowBiz 2025 Negeri Pahang di BCIC Lodge, Kuantan pada semalam, beliau berkata,
Program GrowBiz terbuka kepada perusahaan mikro yang berpandangan positif dan bersedia untuk transformasi ke arah norma baharu demi mengembangkan perniagaan mereka ke tahap seterusnya.
Beliau turut menjelaskan bahawa perusahaan mikro dari seluruh Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, sektor dan industri akan dipilih untuk menyertai program ini. Selain itu, perusahaan mikro milikan wanita dan belia juga termasuk untuk dipilih.”
Tambah beliau,
Program GrowBiz menggunakan pendekatan sokongan menyeluruh yang merangkumi bimbingan perniagaan, latihan, penjenamaan dan pemantauan prestasi. Usahawan yang terpilih akan dibimbing secara intensif untuk transformasi ke arah perniagaan berskala kecil.
Beliau memaklumkan bahawa perusahaan mikro yang menyertai program tersebut akan dipantau bagi tujuan penilaian oleh Rakan Pelaksana dalam tempoh enam bulan dari tarikh sesi latihan bermula dan enam bulan selepas tamat program.
Sementara itu, beliau turut menjelaskan bahawa pemilihan peserta yang layak menyertai program akan dilaksanakan melalui sesi temu duga oleh SME Corp. dan Rakan Pelaksana sejurus tamat Taklimat Pengenalan GrowBiz 2025 Negeri Pahang.