Muhammad Haziq bin Noor Affandi .
Diterbitkan pada 26 April 2025, 12:20

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Putrajaya – Selaras dengan aspirasi MADANI, Kementerian Komunikasi mengumumkan bahawa Menara Kuala Lumpur mula beroperasi semula pada 26 April 2025 (Sabtu) untuk aktiviti kunjungan umum.

Menurut kenyataan Kementerian Komunikasi, pembukaan semula Menara Kuala Lumpur ini selari dengan komitmen kerajaan MADANI dalam menjamin kesejahteraan para pekerja yang terlibat, di samping menyediakan perkhidmatan dan persekitaran yang kondusif serta selamat kepada para pengunjung yang hadir.

Sehubungan dengan itu, menerusi pengurusan baharu premis Menara Kuala Lumpur yang diterajui oleh syarikat LSH Services Master Sdn. Bhd. (LSHM), kerajaan komited untuk memastikan penyampaian perkhidmatan yang efisien dan berorientasikan pelanggan.

“Kerajaan turut komited untuk melaksanakan penambahbaikan berterusan terhadap aspek keselamatan dan keselesaan bagi menarik minat pengunjung dari dalam dan luar negara”, tegas Kementerian Komunikasi.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi