Diterbitkan pada 16 April 2025, 18:48

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kuantan – Dalam usaha memperkasakan usahawan mikro dan meningkatkan daya tahan perniagaan kecil, Program Pembangunan Keusahawanan ITEKAD telah diadakan di DSH Hotel, Kuantan sebagai sebahagian daripada inisiatif di bawah program iTEKAD Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) pada hari ini.

Ujar YBrs. Encik Mohd Juzaili Juhan, wakil pihak BIMB,

Program ini melibatkan kerjasama erat antara BIMB dengan organisasi yang dikenali sebagai pembuat perubahan (changemakers). Puan Nurliana Muhammad yang merupakan Pengasas  Hab Usahawan Pahang dan Ikon Belia Negara 2020 telah dilantik untuk mengendalikan sesi bimbingan tersebut.

Sesi bimbingan dan pementoran keusahawanan oleh Puan Nurliana.

Menurut beliau lagi, seramai 20 usahawan mikro daripada pelbagai latar belakang termasuklah peniaga makanan dan perkhidmatan kecil-kecilan telah menghadiri program bimbingan tersebut yang berlangsung selama sehari dan akan diteruskan dengan sesi bimbingan secara dalam talian.

Jelas beliau lagi,

Para usahawan ini merupakan penerima Pembiayaan iTEKAD BIMB, iaitu pembiayaan tanpa faedah sehingga maksimum RM20,000. Para usahawan bukan sahaja menerima latihan intensif dalam aspek pengurusan kewangan, strategi perniagaan dan pendigitalan usahawan, malah mereka turut dibimbing secara dekat oleh mentor yang berpengalaman dalam dunia keusahawanan.

Penerangan oleh YBrs. Encik Mohd Juzaili.

Menurut YBrs Encik Mohd Juzaili Juhan lagi, latihan dan bimbingan ini merupakan sebahagian daripada pendekatan holistik iTEKAD yang bukan sahaja menyediakan pembiayaan mikro, tetapi juga ilmu dan sokongan berterusan bagi memastikan perniagaan peserta kekal mampan dan berkembang.

Tambah beliau lagi,

Semoga dengan adanya bimbangan dan pementoran ini, para usahawan iTekad akan lebih bersemangat dan mengambil inspirasi daripada kejayaan yang dikecap oleh pembimbing mereka. BIMB juga berharap agar para usahawan yang hadir pada hari ini akan bergelar mentor bagi sesi yang akan datang.

Kredit Foto: Nur Ayunie Zulkarnain
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi