Diterbitkan pada 16 April 2025, 12:59

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Bank Negara Malaysia (BNM) dan Bank Negara Thailand (BOT) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memperkukuh kerjasama dalam keselamatan siber dan perlindungan terhadap penipuan digital.

Inisiatif ini juga menggalakkan hubungan kerja yang lebih erat antara kedua-dua bank pusat yang membolehkan perkongsian maklumat yang lebih berkesan, pembinaan modal insan dan pertukaran amalan atau kaedah terbaik.

Gabenor BNM, YBhg. Dato’ Seri Abdul Rasheed Ghaffour dan Gabenor BOT, YBrs. Dr. Sethaput Suthiwartnarueput telah menandatangani MoU tersebut.

MoU ini menunjukkan komitmen bersama antara BNM dengan BOT untuk meningkatkan kesediaan keselamatan siber dan mengukuhkan pertahanan siber industri kewangan kedua-dua negara.

Ujar YBhg. Dato’ Seri Abdul Rasheed Ghaffour,

“BNM kekal komited untuk meningkatkan daya tahan institusi kewangan dan mengukuhkan perlindungan pengguna kewangan daripada ancaman siber semasa dan yang akan datang. Perkongsian dengan BOT akan memperdalam kerjasama dalam keselamatan siber dan memerangi penipuan digital.”

Ujar YBrs. Dr. Sethaput Suthiwartnarueput pula,

“MoU ini mencerminkan komitmen kami untuk bekerjasama dengan BNM untuk memperkukuh keselamatan siber dan memerangi penipuan digital. Apabila ancaman siber menjadi semakin canggih, kerjasama rapat dan perkongsian pengetahuan adalah penting. Melalui perkongsian ini, kami menyasarkan untuk meningkatkan daya tahan dan keselamatan sistem kewangan kami untuk manfaat pengguna di kedua-dua negara.”

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi