Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangKuala Lumpur – Pameran Jenama dan Ekspo Perdagangan China (Shandong)–Malaysia (CMBETF) 2026 bakal berlangsung di IOI City Mall, Puchong dari 22 hingga 24 Mei ini sebagai platform memperkukuh hubungan perdagangan dan pelaburan antara Malaysia dengan Wilayah Shandong, China.
Ekspo yang dianjurkan di bawah bimbingan Jabatan Perdagangan Wilayah Shandong itu dijangka menghimpunkan kira-kira 100 perusahaan utama dari wilayah berkenaan bersama-sama komuniti perniagaan, pelabur dan pemain industri tempatan.
Menurut penganjur, CMBETF menjadi platform strategik bagi memperkukuh perdagangan dua hala, serta merancakkan peluang kerjasama baharu dalam pelbagai sektor, termasuk pembuatan peralatan, pertanian moden, tenaga dan bahan baharu, makanan, serta barangan pengguna premium.
Menurutnya, pameran itu turut memberikan peluang kepada produk Malaysia untuk menembusi pasaran Shandong dan China yang lebih luas.
Sebagai antara wilayah ekonomi utama di China, Shandong memainkan peranan penting dalam memperkukuh hubungan ekonomi jangka masa panjang antara kedua-dua negara.
Penganjur menjangkakan CMBETF mampu merangsang aliran perdagangan dan pelaburan selain menyokong pembangunan berkualiti tinggi Inisiatif Jalur dan Jalan (BRI).
Sidang media mengenai penganjuran ekspo itu berlangsung di Wisma MCA, Jalan Ampang pada 7 Mei lalu.