Diterbitkan pada 10 April 2026, 10:57

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – CIMB Bank Berhad dan CIMB Islamic Bank Berhad mengumumkan bantuan bersasar kepada pelanggan individu dan perniagaan yang terjejas akibat ketidakpastian geopolitik di Timur Tengah.

Inisiatif tersebut merangkumi pelepasan pembayaran sehingga enam bulan bagi pinjaman dan pembiayaan, serta kemudahan penstrukturan dan penjadualan semula untuk perniagaan, termasuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB, YBrs. Encik Novan Amirudin berkata, langkah tersebut bertujuan mengurangkan tekanan kewangan, menyokong aliran tunai dan memastikan pelanggan kekal berdaya tahan dalam persekitaran global yang tidak menentu.

Permohonan boleh dibuat melalui Program Bantuan Pembayaran di laman web CIMB atau dengan menghubungi cawangan dan Pengurus Perhubungan bank.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi