Diterbitkan pada 26 Mac 2026, 10:42

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Shah Alam – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) memaklumkan bahawa pejabat HASiL cawangan Shah Alam, Selangor yang beroperasi di Bangunan Plaza Perangsang bakal ditutup sepenuhnya bermula pada 30 Mac 2026.

Premis baharu pejabat HASiL Shah Alam akan mula beroperasi berkuat kuasa mulai 1 April 2026 bertempat di Menara HASiL Shah Alam, Persiaran Bandar Raya, Seksyen 14, Shah Alam, Selangor.

Selain itu, HASiL turut menyediakan beberapa kaunter perkhidmatan utama di lokasi tersebut antaranya termasuklah Kaunter Setempat, Kaunter Duti Setem, serta Kaunter Bantuan Khas Kerajaan (BKK) bagi memenuhi keperluan pelanggan.

Dari segi operasi, kaunter perkhidmatan HASiL Shah Alam dibuka pada hari Isnin hingga Jumaat bermula pada pukul 8.30 pagi hingga 4.30 petang.

Orang ramai yang ingin mendapatkan perkhidmatan dinasihatkan untuk merancang kunjungan mengikut waktu operasi yang ditetapkan bagi memastikan urusan berjalan lancar.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi