Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangPutrajaya – Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) pada julung-julung kali diadakan pada 29 Februari hingga 2 Mac 2025 untuk memacu hala tuju dan pendekatan baharu bagi menambah baik agenda pembangunan Bumiputera secara lebih menyeluruh demi mengangkat darjat dan martabat Bumiputera ke tahap yang lebih tinggi.
Demikian kenyataan menerusi laman Facebook Timbalan Perdana Menteri YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada petang semalam.
Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA35) yang dilancarkan pada Ogos 2024 sebagai satu peta jalan 10 tahun yang menggariskan hala tuju baharu pembangunan ekonomi Bumiputera.
Tiga fokus utama perlu diberi perhatian, iaitu memperkukuh penyertaan Bumiputera dalam pekerjaan berkemahiran tinggi, meningkatkan pemilikan ekuiti dan aset strategik, serta memastikan penguasaan ekonomi yang lebih bermakna dalam semua sektor. Kata beliau menerusi laman rasmi Facebook pada petang semalam.
Menerusi hantaran dalam Facebook tersebut, beliau yakin bahawa pendekatan yang lebih tersusun dan berasaskan resolusi KEB 2024, mampu menjadikan PuTERA35 sebagai pemacu utama dalam transformasi ekonomi Bumiputera bahkan pelan ini bakal mencorakkan masa depan negara yang lebih inklusif, mampan dan berdaya saing.
Pada masa yang sama, Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB) akan menjalankan pemantauan menyeluruh dengan laporan berkala dan sistematik. Kementerian Ekonomi, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan bertindak sebagai sekretariat bersama-sama bagi menjamin keberkesanan setiap inisiatif.