Muhammad Haziq bin Noor Affandi .
Diterbitkan pada 1 Mac 2025, 17:32

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Putrajaya – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) memaklumkan bahawa pemohon dan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) mempunyai alternatif untuk mengakses portal STR menerusi aplikasi MyDigital ID bagi semakan dan permohonan baharu STR berkuat kuasa pada 1 Mac 2025.

Menurut HASiL dalam kenyataan pada hari ini, langkah tersebut diambil selaras dengan pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim semasa Belanjawan 2025 mengenai kelebihan MyDigital ID sebagai pemudah cara utama dalam urusan digital rakyat dan berfungsi sebagai paksi kepada transformasi digital negara.

Menurut HASiL,

MyDigital ID merupakan identiti tunggal rakyat Malaysia dalam mengakses sistem yang disediakan oleh agensi kerajaan. Seiring pengenalan tersebut, HASiL mula menggunakan MyDigital ID sebagai pilihan Single Sign On (SSO) untuk Sistem Percukaian MyTax HASiL (MyTax) dan Sistem Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (MySTR).

Jelas HASiL, penggunaan MyDigital ID sebagai pilihan SSO untuk sistem MyTax merupakan kemudahan pertama yang dibangunkan oleh HASiL dan telah mula dilaksanakan pada 1 Januari 2025 sebagai fungsi carian nombor TIN (Tax Identification Number).

Sebagai rekod, sebanyak 578 828 ribu orang pengguna telah menggunakan MyDigItal ID untuk mengakses perkhidmatan MyTax bagi carian nombor Tin manakala dianggarkan sebanyak 9 665 476 juta pengguna portal STR bakal menggunakan kemudahan ini dan dijangka jumlah pengguna akan bertambah seiring dengan permohonan STR yang dibuka sepanjang tahun.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi