Diterbitkan pada 28 Februari 2025, 18:30

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Putrajaya – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) memaklumkan bahawa waktu operasi kaunter perkhidmatan akan mengalami perubahan sepanjang bulan Ramadan bermula 2 Mac hingga 30 Mac 2025.

Kaunter Khidmat Rundingan Negeri (Percukaian) atau Pejabat Satelit (Nasihat Umum Percukaian) di semua negeri kecuali Kedah, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak beroperasi pada hari Isnin hingga Jumaat bermula pukul 8.00 pagi hingga 4.00 petang. Manakala Kedah, Kelantan dan Terengganu beroperasi pada hari Ahad hingga Rabu bermula pada pukul 8.00 pagi hingga 4.00 petang, Khamis pada pukul 8.00 pagi hingga 3.00 petang dan Sabah dan Sarawak beroperasi pada hari Isnin hingga Jumaat pada pukul 7.30 pagi hingga 3.30 petang.

Perkhidmatan Pusat Hubungan HASiL (HCC) beroperasi pada hari Isnin hingga Jumaat pukul  8.00 pagi hingga 4.00 petang. Manakala Pusat Pengurusan Terimaan HASiL (PPTH) melalui perkhidmatan tunai dan kad kredit/debit di Kuala Lumpur beroperasi pada hari Isnin hingga Jumaat pukul 8.00 pagi hingga 3.00 petang, perkhidmatan selain tunai dan kad kredit pula beroperasi pukul 8.00 pagi hingga 3.30 petang. Bagi Kuching, Sarawak pula, perkhidmatan bayaran Sijil Pendaftaran Nama Perniagaan sahaja beroperasi secara tunai pada hari Isnin hingga Jumaat pukul 8.00 pagi hingga 3.00 petang.

Selain itu,  waktu pengoperasian Pusat Transformasi Bandar (UTC) di seluruh negara berkuat kuasa pada 2 Mac 2025 hingga 29 Mac 2025 beroperasi pada hari Isnin hingga Ahad pukul 8.00 pagi hingga 4.30 petang dan pada 30 Mac 2025 mula beroperasi pada waktu 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari. Manakala waktu rehat atau solat Jumaat di kawasan Semenanjung bermula pada pukul 12.15 tengah hari hingga 2.45 petang diikuti dengan Sarawak pada pukul 11.45 pagi hingga 2.15 petang serta Sabah dan WP Labuan mula beroperasi pada pukul 11.20 pagi hingga 2.00 petang.

Sehubungan dengan itu, pembayar cukai juga boleh menjalankan urusan dengan HASiL melalui e-Perkhidmatan secara dalam talian menerusi portal MyTax dengan melayari www.hasil.gov.my.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi