Muhammad Haziq bin Noor Affandi .
Diterbitkan pada 14 Februari 2025, 12:03

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Putrajaya – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) memaklumkan bahawa e-PCB Plus dilaksanakan sepenuhnya oleh HASiL dengan penggabungan semua perkhidmatan e-PCB, e-Data PCB dan e-CP39 menerusi portal MyTax mulai 3 Februari 2025.

Perkhidmatan ini dibuka kepada majikan atau pengguna yang memilih bayaran Potongan Cukai Bulanan (PCB) melalui kaedah e-PCB, e-Data PCB dan e-CP39 sebelum ini dengan semua fungsi termasuklah pendaftaran, pengemukaan data dan bayaran PCB oleh majikan telah digabungkan di e-PCB Plus.

Tambah HASiL, pengguna e-PCB Plus perlu log masuk menerusi MyTax dengan memilih peranan yang berkaitan, sama ada majikan/ wakil majikan/pentadbir PCB /individu (wakil pentadbir) untuk mengakses sistem ini.

Sehubungan dengan itu, HASiL juga menyediakan manual pengguna e- PCB Plus melalui portal MyTax https://mytax.hasil.gov.my atau klik Menu>Panduan Pengguna>Manual Penggunaan e-PCB Plus sebagai panduan dan rujukan kepada pembayar cukai.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi