Muhammad Haziq bin Noor Affandi .
Diterbitkan pada 12 Februari 2025, 12:34

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Putrajaya- Presiden Republik Turki, Recep Tayyip Erdogan menerima anugerah Ijazah Kehormat Doktor Hubungan Antarabangsa  yang dianugerahkan oleh Canselor Universiti  Malaya, Sultan Nazrin Muizzudin Shah pada Istiadat Konvokesyen Khas Universiti Malaya (UM) di Pusat Konvokesyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), semalam.

Majlis penganugerahan ini dikurniakan atas kepimpinan cemerlang Erdogan dalam hubungan diplomatik dan peranan signifikan terhadap ekonomi Turkiye.

Dalam majlis penganugerahan, Erdogan meluahkan perasaan yang amat berbesar hati ketika menerima anugerah berprestij tinggi yang berfungsi sebagai pemangkin dalam menggalakkan hubungan dua hala antara Malaysia dengan Turkiye.

“Saya menerima anugerah ini sebagai cerminan penghormatan yang ditunjukkan kepada saya, negara saya dan rakyat saya”, katanya dalam majlis tersebut.

Sementara itu, Naib Canselor UM, Profesor Datuk Seri Dr. Noor Azuan Abu Osman berkata, komitmen universiti adalah untuk mengukuhkan kecemerlangan global melalui kerjasama erat, persahabatan antarabangsa, nilai norma dan etika sejagat.

Hal ini sejajar dengan aspirasi UM untuk mewujudkan platform strategik jangka panjang yang mewujudkan impak global yang ketara.

Anugerah kehormat ini bukan sahaja cukup bermakna dan bersejarah, tetapi juga memangkin usaha UM dalam mengiktiraf individu terbilang yang memberikan inspirasi dan menjunjung nilai sejagat.

Sebagai rekod, Endorgan telah memerintah hampir satu dekad dengan menjadikan Turkiye sebagai negara membangun, memperkukuh hubungan diplomasi dunia Islam.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim; Menteri Pendidikan Tinggi, YB Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, serta ahli kabinet Malaysia dan Turkiye.

 

Kredit Foto: Facebook Universiti Malaya
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi