Muhammad Haziq bin Noor Affandi .
Diterbitkan pada 25 Januari 2025, 20:51

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur- Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim menyampaikan Anugerah Kecemerlangan Perancangan 2024, Malaysian Institute of Planner (MIP) di Hotel Majestic Kuala Lumpur.

Majlis tersebut diadakan bertujuan untuk menghargai usaha pemimpin dalam melestarikan perancangan dan pembangunan serta meletakkan Malaysia sebagai negara pemacu ekonomi dunia.

Selain itu, majlis ini turut diserikan dengan Anugerah Felo Terhormat (MIP), Anugerah Presiden MIPPEA 2024 (Projek Kuasa Perancangan Negeri Elektronik) dan Anugerah President’s Award MIPPEA 2024.

Penerima anugerah kecemerlangan perancangan 2024 Felo Terhormat ialah Premiere Sarawak, Tan Sri Datuk Patinggi Dr. Haji Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Haji Abang Openg yang berfokuskan kepada pembangunan kelestarian alam sekitar Sarawak selaras dengan strategi pembangunan pascacovid 2030.

Seterusnya, Kementerian Sumber Manusia dan Pembangunan Bandar Sarawak menerima anugerah Presiden MIP yang diwakili oleh Setiausaha Kerajaan Sarawak, YBrs. Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki;Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah  dan Alam sekitar Sarawak, Ybrs Datuk Len Talif Salleh; serta Setiausaha Tetap MUDeNR, Ybrs. Datu Julaihi yang menumpukan projek tadbir urus perancangan negeri melalui inovasi digital, Sarawak Electronic State Planning Authority System.

Manakala penerima bagi anugerah President’s MIP ialah Presiden Perbadanan Putrajaya, YBrs.Datuk Fadlun Mak Ujud yang berfokuskan transformasi perkhidmatan dan mempercepat kelulusan perancangan pembangunan.

Dalam masa yang sama, YAB Dato’ Seri Anwar Ibraham berkata bahawa kekuatan digital, terutamanya kecerdasan buatan digunakan dalam banyak pembentukan bangunan dan juga perancangan yang mengambil kira persekitaran hijau, taman serta keselesaan untuk rakyat.

Ujar beliau,

Saya ingin gesa saudara untuk lebih beri perhatian kerana Kuala Lumpur tidak harus terkenal dengan mercu tanda yang indah dan bangunan yang megah, tetapi juga dengan gerai, warung, restoran rakyat yang tersusun indah dan bersih.

Oleh itu, beliau turut berharap rakyat Malaysia bekerjasama dan berganding bahu dalam membina keutuhan negara dalam pelbagai bidang demi kelestarian pembangunan negara.

 

 

 

Kredit Foto: Unit Komunikasi Awam Sarawak
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi