Muhammad Haziq bin Noor Affandi .
Diterbitkan pada 13 Januari 2025, 17:33

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur –  Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) terus komited mendukung hasrat kerajaan untuk memperkasa undang-undang percukaian negara dengan melancarkan Operasi Pematuhan Cukai (OP) yang dikenali sebagai “OP Kosmo” yang akan berlangsung selama lima hari mulai 13 Januari 2025 hingga 17 Januari 2025.

OP Kosmo dilaksanakan di sekitar Lembah Klang dan beberapa lokasi di Semenanjung Malaysia memfokuskan aktiviti utama operasi percukaian, iaitu audit, pungutan, guaman dan pendidikan cukai dengan melibatkan 203 orang pegawai  HASiL menguruskan 236 kes ini.

Terdahulu, operasi ini merupakan kesinambungan daripada kejayaan 10 siri OP yang telah dilaksanakan oleh HASiL tahun lalu dalam usaha untuk meningkatkan tahap pematuhan cukai yang lebih efektif dan efisien dalam kalangan masyarakat.

Operasi julung kali ini merupakan kolaboratif empat cawangan khas, iaitu Cawangan Pembayar Cukai Besar, Cawangan Industri Khusus, Cawangan Cukai Multinasional dan Cawangan Guaman Lembah Klang.

Dalam majlis perasmian OP Kosmo, Ketua Pegawai Eksekutif HASiL, YBhg. Datuk  Dr. Abu  Tariq Jamaludin menyatakan bahawa bahawa pendekatan ini penting untuk memastikan pematuhan kepada undang-undang percukaian dan mengelakkan sebarang penyalahgunaan yang boleh menjejaskan hasil kutipan cukai negara.

Masyarakat juga perlu tahu dan sedar bahawa HASiL sentiasa memastikan penguatkuasaan undang-undang percukaian dilaksanakan secara berterusan.

Turut hadir dalam majlis perasmian tersebut ialah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pematuhan), YBhg. Datuk Hisham Rusli serta barisan pengurusan kanan HASiL.

Objektif OP Kosmo adalah untuk mengatasi isu perancangan cukai agresif, mengenal pasti kewujudan risiko pelarian cukai, mengesan ketirisan cukai yang dirancang, meneliti aspek pinjaman antara syarikat untuk mengelakkan HASiL/2025/01/13 – 04 potongan berganda (double deduction) dalam tuntutan cukai dan memberikan kesedaran melalui pendidikan cukai (Tax Education Awareness).

 

 

 

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi