Muhammad Haziq bin Noor Affandi .
Diterbitkan pada 11 Januari 2025, 18:04

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Pulau Pinang- Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Pembinaan LRT Laluan Mutiara di Pulau Pinang pada pagi tadi untuk merealisasikan dan membangunkan rangkaian mod pengangkutan negeri Pulau Pinang yang semakin membangun.

Dalam majlis perasmian, beliau menyatakan bahawa Pulau Pinang mempunyai potensi besar untuk menjana ekonomi serta menyokong peranan negeri sebagai hab industri semikonduktor.

Beliau juga memetik petikan buku yang berjudul Chip War: The Fight for the World’s Most Critical Technology’ bermaksud industri pembangunan dan pembuatan cip begitu kritikal di Malaysia yang tidak boleh terlepas daripada pemodenan arus dan tuntutan zaman.

Beliau berkata, pelaksanaan projek ini bukan bermaksud kepentingan sesetengah negeri sahaja diberikan tumpuan, sebaliknya turut mengulangi komitmen bahawa Kerajaan Persekutuan akan terus memberikan tumpuan kepada projek kebajikan rakyat melangkaui sempadan politik, seperti bantuan petani wilayah MADA di Kedah yang berjumlah hampir RM1 bilion serta projek-tebatan banjir di Kelantan bagi memampan dampak banjir ke atas rakyat.

Kita mahu Pulau Pinang muncul terkenal bukan sahaja dengan KOMTAR atau projek MRT, tetapi juga sebagai negeri yang komited membasmi kemiskinan, menjamin perumahan rakyat serta memberi tumpuan kepada perusahaan kecil seperti warung-warung yang menjadi nadi masyarakat,jelas beliau pagi tadi.

Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan kata alu-aluan dalam Majlis Perasmian Pecah Tanah di Pulau Pinang.

Sebelum itu, projek pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang sedang dipercepat untuk memenuhi keperluan pelancongan dan industri semikonduktor, sementara Zon Ekonomi Bahagian Utara semenanjung yang akan diwujudkan dengan kerjasama kerajaan Thailand yang bakal menjanjikan peluang besar dalam kerjasama serantau.

 

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi