Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangCyberjaya – Lembaga Hasil Dalam Negeri (HASiL) memperkenalkan sistem perkhidmatan Potongan Cukai Bulanan e-PCB Plus baharu menggantikan sistem sedia ada, iaitu e-PCB, e-Data PCB dan e-CP39 melalui portal MyTax.
Menurut kenyataan media, pelaksanaan ini seiring dengan pelaksanaan pelan peralihan ke arah sistem e-PCB Plus Fasa 1 yang telah bermula pada 24 September 2024 melibatkan fungsi pendaftaran peranan Majikan/Wakil Majikan/Pentadbir PCB di MyTax dan Wakil Pentadbir di e-PCB Plus bagi semua majikan yang terlibat dengan PCB.
Jelas HASiL,
Susulan pelaksanaan sistem perkhidmatan baharu ini, majikan diminta untuk menyelesaikan semua pengemukaan data dan bayaran PCB bagi potongan bulan semasa atau potongan tahun kebelakangan sebelum atau pada 15 Januari 2025.
HASiL menyatakan bahawa sistem PCB sedia ada dibuka hingga 15 Januari 2025 untuk tujuan paparan sahaja bagi membolehkan majikan membuat semakan terhadap maklumat atau rekod terdahulu.
Sehubungan dengan itu, HASiL menyarankan agar majikan yang sedang menggunakan sistem e-PCB, e-Data PCB dan e-CP39 dan masih belum membuat pendaftaran peranan di sistem e-PCB Plus untuk menyelesaikan semua pengemukaan berkaitan dengan segera bagi melancarkan proses peralihan berkenaan.