Muhammad Haziq bin Noor Affandi .
Diterbitkan pada 7 Januari 2025, 16:37

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Pulau Pinang – Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, YBrs. Datuk Ewon Benedick mengetuai delegasi Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) mengadakan lawatan kerja rasmi ke CG Global Profastex Manufacturing Sdn. Bhd, sebuah syarikat pengilang kontrak pengeluar peralatan asal (OEM).

Menurut YBrs. Datuk Ewon Benedick, lawatan ini dapat mengenal pasti beberapa peluang bantuan yang bersesuaian untuk pengembangan syarikat dalam aspek potensi dan kompetensi perniagaan.

Ujar beliau,

Saya berharap bantuan dan sokongan kementerian serta agensi kementerian dapat membantu meningkatkan saiz syarikat berkenaan daripada kecil kepada sederhana dan seterusnya menyumbang kepada sasaran meningkatkan peratus syarikat bersaiz sederhana sebanyak lima peratus pada tahun 2027.

Tambah beliau,

Dalam konteks ini, SME Corp. Malaysia, SME Bank dan PERNAS akan memperincikan program keusahawanan dan skim pembiayaan yang bersesuaian dengan pihak syarikat selaras dengan aspirasi KUSKOP untuk membantu memacu kejayaan berterusan sekali gus melonjakkan prestasi usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di negara ini.

Terdahulu, Perdana Menteri, YAB Dato Seri Anwar Ibrahim membuat kunjungan  ke syarikat berkenaan pada Disember 2024 sebagai komitmen kerajaan untuk memperkasakan sektor keusahawanan negara.

Yang turut hadir dalam lawatan ini ialah pegawai kanan KUSKOP serta wakil daripada agensi seperti SME Corp. Malaysia, SME Bank dan Perbadanan Nasional  Berhad (PERNAS).

Syarikat CG Global  Profastex telah mendapat tempat ke-15 dan diiktiraf sebagai Usahawan Eksport Terbaik E50 Tahun 2024 sewaktu penganjuran Anugerah Enterprise 50 (E50).

 

 

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi