Diterbitkan pada 31 Disember 2024, 17:41

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) telah melaksanakan pelbagai langkah penambahbaikan bagi proses perkhidmatan percukaian selaras dengan polisi mewajibkan penggunaan e-Perkhidmatan bagi semua urusan percukaian yang telah disediakan secara dalam talian melalui gerbang MyTax bermula 1 Januari 2024.

Mulai 1 Januari 2025, HASiL akan melaksanakan perubahan melibatkan perkhidmatan seperti yang berikut:

A. Pengemukaan Penyata Bayaran Seksyen 107D secara elektronik (e-            107D)

Pengemukaan maklumat bayaran kepada ejen, pengedar atau pengagih (individu pemastautin) di bawah seksyen 107D Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967 sebelum ini dilaksanakan secara manual. Sehubungan dengan pelaksanaan mandatori ini, pembayar cukai perlu mengemukakan Borang CP 107D secara dalam talian dengan menggunakan kaedah e-107D yang telah disediakan.

Pembayaran potongan cukai seksyen 107D juga perlu dibuat secara elektronik dengan menggunakan Nombor Bil dan boleh dilakukan melalui kaedah yang berikut:

B. Bayaran Cukai di Pusat Pengurusan Terimaan HASiL Kuala Lumpur (PPTHKL)

Layanan terimaan bayaran cukai secara manual di PPTHKL adalah seperti yang berikut:

Sebagai maklumat tambahan, bayaran bagi kategori cukai yang tidak lagi diterima secara manual boleh dilaksanakan menerusi platform berikut dengan menggunakan Nombor Bil atau Nombor Pengenalan Cukai/Tax Identification Number (TIN) sebagai rujukan bayaran:

  • Secara dalam talian melalui Portal Rasmi HASiL (ByrHASiL) dan portal perbankan internet Bank Ejen HASiL;
  • Tunai menerusi Kaunter Pos Malaysia dan Bank Ejen HASiL, Mesin Deposit Tunai Bank Ejen HASiL, Mesin Juruwang Automatik (ATM) Bank Ejen HASiL tertentu;
  • Pindahan Telegrafik (Telegraphic Transfer), Pindahan Dana Elektronik (EFT) dan Pindahan Giro Antara Bank (IBG) menggunakan Sistem e- TT bagi pembayar cukai yang mempunyai akaun bank di Malaysia dan juga pembayar cukai yang mempunyai akaun bank di luar Malaysia.

HASiL yakin pelaksanaan mandatori dan penambahbaikan perkhidmatan dalam talian ini dapat memudahkan urusan percukaian pembayar cukai serta mencorak satu norma baharu rakyat Malaysia ke arah pendigitalan sepenuhnya pada masa hadapan.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi