Diterbitkan pada 29 Disember 2024, 17:35

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Putrajaya –  Sebanyak 26 pempengaruh media sosial telah dilantik secara langsung sebagai rakan media strategik program RASH 2.0  oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (HASiL) bagi tahun 2025 untuk mempromosikan jenama HASiL melalui kandungan ciptaan berdasarkan bakat dan kreativiti.

Demikian menurut Ketua Pegawai Eksekutif HASiL,YBhg. Datuk Dr. Abu Tariq Jamaludin dalam ucapannya di Hotel Double Tree, Kuala Lumpur, semalam.

Dalam satu kenyataan media, beliau menyatakan bahawa pelantikan para selebriti dan pempengaruh dalam ekosistem percukaian penting dalam membentuk sentimen dan pemikiran yang positif, membina kepercayaan dan kredibiliti, seterusnya mewujudkan persekitaran masyarakat yang bertanggungjawab terhadap negara.

Ujar beliau,

Media sosial merupakan penyumbang keterlihatan dan jangkauan terhadap pempengaruh media sosial yang dapat menggandakan usaha HASiL menyebarluaskan agenda kesedaran dan pendidikan cukai kepada masyarakat seterusnya dapat meningkatkan semangat patriotik dan tanggungjawab kepada negara.

Oleh hal yang demikian, HASiL telah melantik 26 ikon pempengaruh media sosial yang berprestij dalam menyeberluaskan kandungan maklumat berkenaan informasi HASiL. Antaranya termasuklah Ketua Jaringan Industri dan Komuniti Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), YBhg. Prof. Madya Dato’ Dr. Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim; Pakar Kewangan dan Motivator, YBrs. Dr. Azizul Azli Ahmad, Pempengaruh Media Sosial, Daniel James Tyler; Pelakon Malaysia, Ahmad Nabil Ahmad, BERNAMA Radio, Raifanabillah Zulkifli; Pempengaruh Media Sosial, Khairul Masnizam Abdullah, Adzren Adnan, Nurul Kamilia Afiqah Mohd Kamaruzaman, Sean Lee Jia Ern, Wee Yun Nee, Ustaz Amin Idris, Ahmad Nubhan Ahamad, Noorazira Pissal, Masitah Mohd Afandy, Sharifah Syafeenaz Syed Azmir, Siti Nabilah Dol Bahrin, Mohamad Afiq Wahed, Ahmad Shahrul Azhan Ibrahim, Syed Aliff Fauzan Syed Mohamad,  Khairil Zuhdi  Khairuddin, Asyraf Arsad, Amira Nur Azrina Norharizan, Siti Hawa Mohd Nor, Kamalaffandi Hashim, Raihan Abdul Rahim dan Mohd Farish Aziz Sulaiman.

Terdahulu, RASH 2.0 yang dilantik merupakan individu yang terdiri daripada pelbagai bidang dan latar belakang termasuklah keusahawanan, agama, lakonan, pengacaraan, nyanyian, perubatan, fesyen dan gaya hidup, makanan, kecergasan dan kesihatan, produk kecantikan, pengurusan kewangan, keibubapaan dan pakar keselamatan. Pelantikan mereka dilihat sebagai satu perspektif baharu demi membentuk persepsi yang baik dalam kalangan masyarakat umum khasnya para peminat dan pengikut RASH 2.0 melalui kandungan liputan yang positif mereka khususnya melibatkan HASiL.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi