Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangCyberjaya – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) ingin memaklumkan bahawa Program Memfail Dokumen yang Ditentukan di bawah Seksyen 82B Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967 melalui Sistem Pelaporan Cukai Pendapatan (MITRS) telah dimuat naik dalam portal rasmi HASiL sebagai rujukan dan panduan kepada pembayar cukai.
Aplikasi MITRS dengan modul pengemukaan dokumen di bawah Seksyen 82B ini akan dibuka untuk capaian pembayar cukai mulai 1 April 2025.
Pembayar cukai juga boleh melantik ejen cukai berlesen di bawah seksyen 153 ACP 1967 bagi tujuan pengemukaan melalui MITRS.
Program ini akan berkuat kuasa mulai Tahun Taksiran (TT) 2025 untuk pembayar cukai kategori syarikat dan perkongsian liabiliti terhad.
Pembayar cukai yang telah mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) di bawah Seksyen 77 atau 77A ACP 1967 dikehendaki memberikan maklumat dan mengemukakan dokumen yang ditentukan oleh Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri (KPHDN) bagi tujuan penentuan pendapatan yang boleh dikenakan cukai dan cukai yang kena dibayar.
Sebagai permulaan, dokumen di bawah Seksyen 82B yang perlu dikemukakan untuk penentuan pendapatan boleh dikenakan cukai dan cukai yang kena dibayar untuk TT yang berkenaan adalah seperti berikut:
Dokumen perlu dikemukakan secara elektronik melalui MITRS dengan menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris sahaja dalam tempoh 30 hari selepas tarikh akhir pengemukaan BNCP.
Walau bagaimanapun, dokumen selain daripada bahasa tersebut perlu diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
Sebagai panduan dan rujukan kepada pembayar cukai berkenaan pelaksanaan Program Memfail Dokumen yang Ditentukan di bawah Seksyen 82B boleh diakses melalui portal MyTax menerusi https://mytax.hasil.gov.my/ atau capaian pantas melalui portal rasmi HASiL > Borang > Program Memfail Dokumen yang Ditentukan di bawah Seksyen 82B Melalui MITRS.
Sebarang pertanyaan serta maklum balas, sila hubungi HASiL menerusi: