Muhammad Haziq bin Noor Affandi .
Diterbitkan pada 20 Disember 2024, 16:34

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Johor Bahru- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) terus giat memperkasakan pelaksanaan e-Invois menuju Fasa Kedua bermula pada 1 Januari 2025 yang melibatkan sebanyak 14,000 pembayar cukai dengan sasaran antara RM25 juta hingga RM100 juta.

Menurut HASiL dalam satu kenyataan, sehingga 19 Disember 2024, lebih daripada 108.5 juta e-Invois telah berjaya direkodkan melibatkan 8,800 pembayar cukai semenjak pelaksanaan mandatori bermula pada 1 Ogos 2024.

Sebanyak 35 % pembayar cukai  telah melaksanakan e-Invois secara sukarela yang terdiri daripada pembayar cukai Fasa Kedua dan Fasa Ketiga.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (HASiL), YBhg. Datuk Dr.Abu Tariq Jamaluddin, peralihan sistem e-Invois ini merupakan satu cabaran besar khususnya kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS), namun HASiL yakin dengan kerjasama semua pihak akan memberikan impak yang signifikan dan pulangan kepada sistem percukaian negara.

Jelas beliau,

PKS perlu memastikan sistem perakaunan mereka memenuhi spesifikasi e-Invois bagi tujuan kelancaran validasi e-invois, menyediakan infrastruktur digital yang patuh terhadap peraturan HASiL, menjalankan ujian sistem sebelum pelaksanaan penuh dilakukan dan menyediakan khidmat sokongan teknikal yang mencukupi.

Beliau turut menyatakan bahawa HASiL menyediakan bantuan dan sokongan kepada PKS dalam mematuhi keperluan e-Invois  melalui portal  MyInvois  dan aplikasi mudah alih MyInvois yang boleh diakses secara percuma.

Program ini diharapkan dapat memberikan manfaat jangka panjang sepenuhya kepada semua pihak yang bakal beralih ke fasa seterusnya.

 

 

 

 

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi