Muhammad Haziq bin Noor Affandi .
Diterbitkan pada 19 Disember 2024, 14:30

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Putrajaya –  Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) menawarkan inisiatif bayaran ansuran kepada pembayar cukai yang menyertai Program Khas Pengakuan Sukarela (PKPS) 2.0 untuk melunaskan bayaran penuh mengikut aturan ansuran yang ditetapkan sebelum atau pada 31 Disember 2024.

Menurut HASiL dalam satu kenyataan, kegagalan pembayar cukai menjelaskan bayaran dalam tempoh yang ditetapkan boleh dikenakan kenaikan lewat bayar di bawah Seksyen 103 Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967 atau tindakan undang-undang di mahkamah.

PKPS yang bemula pada tahun 2018 merupakan inisiatif HASiL kepada pembayar cukai untuk memperbaik rekod percukaian sekiranya terdapat isu ketidakpatuhan seperti pendapatan yang tidak atau terkurang lapor, pelepasan, perbelanjaan terlebih tuntut dan kegagalan kemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP).

Sehingga 31 Mei 2024, sebanyak 141,406 kes pengakuan sukarela melibatkan taksiran cukai sebanyak RM1.29 bilion melepasi sasaran awal yang ditetapkan, iaitu sebanyak RM1 bilion.

HASiL menasihatkan kepada semua pembayar cukai agar membuat semakan tunggakan cukai dan ansuran bayaran PKPS 2.O menerusi laman web  https://mytax.hasil.gov.my.

Mengulas lanjut, HASiL yakin dengan kerjasama daripada semua pihak, PKPS 2.0 ini akan mencapai objektifnya serta menjadi pemangkin kepada peningkatan kesedaran, tanggungjawab dan tahap pematuhan cukai rakyat Malaysia pada masa hadapan.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi