6 Disember 2024, 15:42

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Cyberjaya – Susulan pembentangan Belanjawan 2025 pada bulan Oktober yang lalu, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) memaklumkan bahawa pendaftaran penyertaan Seminar Belanjawan 2025 kini dibuka mulai 6 Disember 2024 menerusi Portal Pendaftaran Seminar melalui https://seminar.hasil.gov.my.

Seminar ini akan dianjurkan sebanyak empat siri seperti ketetapan yang berikut:

Siri jelajah seminar ini bertujuan untuk memberikan peluang kepada orang ramai untuk mengemas kini, meningkatkan pengetahuan dan mendapatkan informasi terkini  berkenaan  dengan  pindaan  akta  yang  ditadbir  oleh  HASiL susulan Cadangan Belanjawan 2025.

Seminar ini akan turut mengupas isu percukaian semasa, iaitu tentang pelaksanaan tadbir urus percukaian korporat di Malaysia dalam konteks meningkatkan kepatuhan syarikat terhadap kewajipan cukai dan memperkukuh integriti sistem percukaian negara.

Selain itu, seminar juga akan membincangkan pelaksanaan e-Invois di Malaysia dan maklumat terkini sebagai langkah penting dalam reformasi sistem percukaian negara, khususnya dalam usaha untuk meningkatkan ketelusan, kecekapan dan kepatuhan cukai.

Orang ramai khususnya pengamal percukaian, badan perakaunan dan profesional serta pembayar cukai digalakkan untuk menyertai seminar ini.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkaitan seminar ini boleh dikemukakan kepada pihak urus setia melalui e-mel [email protected].

Untuk sebarang pertanyaan serta maklum balas, sila hubungi HASiL menerusi:

  1. Pusat Hubungan HASiL (HCC) melalui talian 03-8911 1000/603-8911 1000 (Luar Negara);
  2. Sembang Langsung HASiL; dan
  3. Borang Maklum Balas menerusi portal rasmi HASiL melalui pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/Public/

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.