Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram
Langgan SekarangBangi – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) terus memperkukuh budaya inovasi dan integriti sebagai asas dalam pentadbiran percukaian dengan menganjurkan sambutan Hari Inovasi dan Integriti HASiL 2024 di Dewan Sri Hasil, Bangi.
Sambutan HII 2024 bertujuan menyemarakkan semangat inovasi dan integriti dalam kalangan kakitangan HASiL dengan mengangkat tema “Teguh Integriti, Kukuh Pertiwi” bersempena dengan sambutan Hari Integriti Nasional 2024.
Sambutan HII 2024 ini bertepatan dengan hasrat Malaysia MADANI yang menitikberatkan tonggak keadilan, nilai integriti dan amalan tatakelola yang baik dan disiarkan secara langsung menerusi YouTube HASiL Malaysia.
Selain itu, Malaysia MADANI turut menjadikan elemen daya cipta sebagai satu daripada enam teras yang memangkinkan penciptaan idea kreatif dan inovatif untuk memastikan HASiL berdiri teguh sebagai pentadbir cukai langsung negara yang diyakini, disegani serta dipercayai oleh rakyat.
Dalam majlis perasmian, YBhg. Datuk Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan merangkap Pengerusi Anggota Lembaga LHDNM menzahirkan ucapan tahniah kepada kakitangan HASiL atas usaha berterusan mengangkat inovasi dan integriti dalam melaksanakan tanggungjawab.
Jelas beliau lagi,
Sebagai jentera kerajaan yang utama di bawah payung Kementerian Kewangan (MOF), kesungguhan semua peringkat khasnya pengurusan HASiL dalam memperbaharui corak kerja dan memastikan tahap kecekapan, ketelusan dan keberkesanan sistem penyampaian percukaian kepada rakyat meningkat seperti yang disarankan oleh YAB Perdana Menteri.
Tambah beliau,
Pembaharuan yang dibawa oleh kerajaan menerusi inovasi pentadbiran dan ekonomi telah memperlihatkan perubahan yang positif seperti kadar Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) telah meningkat, ekonomi negara terus berkembang pada kadar 4.5 hingga 5.5 peratus pada tahun 2025 dan defisit fiskal tahun 2025 disasarkan pada 3.8 peratus, menandakan potensi peningkatan daripada 4.3 peratus pada tahun 2024.
Beliau menyeru komitmen profesional kakitangan HASiL ke arah pencapaian yang lebih tinggi serta menjadikan inovasi dan integriti sebagai pandu gerak pengoperasian HASiL yang lebih cemerlang demi kesejahteraan ekonomi dan kelangsungan rakyat.
Sementara itu, YBhg. Datuk Dr. Abu Tariq Jamaluddin, Ketua Pegawai Eksekutif HASiL dalam ucapannya berkata, HASiL akan terus meneroka dan mengintegrasikan elemen inovasi dan integriti yang akan membuka gerbang kepada kecemerlangan yang berterusan.
Ujar beliau lagi,
Pembudayaan inovasi akan membantu HASiL untuk mengadaptasi perubahan semasa, mencipta nilai tambah yang unik, meningkatkan motivasi dan kualiti ke arah kejayaan jangka panjang.
Tambah beliau,
HASiL akan terus komited, telus dan adil dalam membina sistem percukaian negara yang cekap dan efisien agar keberhasilannya memberikan manfaat dan kebaikan optimum buat semua.
Pelbagai aktiviti dan program menarik juga telah diadakan sepanjang sambutan HII 2024 seperti Kaunter Perkhidmatan Agensi Awam dan Swasta, gerai jualan dan Trak Makanan Bazar.
Seminar e-Invois HASiL turut diadakan bersama-sama dengan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) yang telah dihadiri oleh seramai hampir 360 orang peserta yang melibatkan 180 buah syarikat.
Bersempena dengan sambutan HII 2024 ini, YBhg. Datuk Johan Mahmood Merican telah melancarkan empat produk baharu merangkumi teknologi dan perkhidmatan profesional seperti yang berikut:
HASiL turut mengiktiraf kakitangan HASiL yang telah memenangi pertandingan bersempena dengan sambutan HII 2024 seperti yang berikut:
Yang turut hadir dalam majlis tersebut ialah barisan Anggota Lembaga dan barisan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif HASiL.
Untuk sebarang pertanyaan serta maklum balas, sila hubungi HASiL menerusi: