Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangKuala Lumpur – Sebanyak 3,034 orang peserta telah menyertai Seminar Percukaian Kebangsaan (SPK) 2024 yang berlangsung di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur pada 23 Oktober 2024.
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) menganjurkan seminar ini susulan pembentangan Belanjawan 2025 yang melibatkan penyertaan peserta terdiri daripada pengamal percukaian, ahli badan profesional dan orang ramai.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pematuhan), YBhg. Datuk Hisham Rusli, dalam ucapan perasmian berkata, penganjuran SPK tahun ini telah diberi penambahbaikan dengan mengambil kira maklum balas daripada pelbagai pihak seperti yang berikut:

Penganjuran SPK yang telah memasuki siri ke-42 ini merupakan platform utama HASiL memperincikan setiap pindaan dan pengenalan polisi percukaian baharu yang telah dibentangkan dalam Belanjawan 2025.
Di samping itu, seminar ini turut membuka ruang kepada komunikasi dua hala antara HASiL dengan para peserta menerusi maklum balas serta cadangan berkaitan dengan isu percukaian dalam usaha meningkatkan mutu perkhidmatan HASiL sebagai agensi pemudah cara dalam kalangan masyarakat.
Sejak tahun 2020 hingga 2023, penganjuran SPK telah diadakan sepenuhnya secara dalam talian. Pada tahun ini HASiL mengambil pendekatan dengan menganjurkan SPK 2024 secara bersemuka dan maya pada siri pertama manakala siri kedua pada 29 Oktober 2024 pula akan dilaksanakan secara maya sepenuhnya.

Sehubungan dengan itu, orang ramai masih berpeluang menyertai Siri Kedua SPK 2024 dan pendaftaran masih dibuka sehingga 25 Oktober 2024 menerusi portal SPK melalui https://seminar.hasil.gov.my.
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkaitan dengan seminar ini boleh dirujuk pada portal tersebut atau dikemukakan kepada pihak Urus Setia SPK 2024 melalui [email protected].
Semoga penganjuran SPK 2024 ini mencapai objektifnya sekali gus dapat mengukuhkan jalinan kerjasama antara pengamal percukaian dalam mengurus kemakmuran dan menyejahterakan rakyat demi kemapanan hasil negara.
Yang turut hadir dalam majlis perasmian tersebut ialah YBrs. Encik John Patrick Antonysamy, Setiausaha Bahagian Cukai, Kementerian Kewangan Malaysia merangkap Anggota Lembaga LHDNM, YBrs. Encik Soh Lian Seng, Presiden Chartered Tax Institute Malaysia (CTIM), YBrs. Dr. Mohd Fairuz A. Razak, Timbalan Presiden Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia (M.A.T.A) serta barisan pengurusan kanan HASiL.
Untuk sebarang pertanyaan serta maklum balas, sila hubungi HASiL menerusi: