Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangKangar – Golongan muda perlu diberikan pendedahan tentang bidang kemahiran, peralatan dan bimbingan untuk menjadi inovator pada masa hadapan.
Usaha ini secara tidak langsung dapat melahirkan anak muda yang berkemahiran dan dapat menyesuaikan diri dengan inovasi teknologi yang terkini.
Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Tuanku Syed Faizuiddin Putra Jamalullail bertitah sedemikian ketika berkenan berangkat mengadakan lawatan ke pusat operasi Steel Technica di Kampung Padang Becor, Kangar baru-baru ini.
Syarikat berkonsepkan pemula (start-up) kini telah berubah ke arah perniagaan yang lebih dinamik, produktif dan dilengkapi dengan teknologi perniagaan yang terkini.
Ujar baginda,
Syarikat-syarikat ini diuruskan dengan kadar efektif dan efisien yang lebih tinggi di setiap bahagian pengurusan sesuatu perniagaan yang bukan sahaja menguntungkan pemilik perniagaan malah menyumbang kepada mutu penghasilan produk atau servis untuk meningkatkan kepuasan pelanggan.
Semasa sesi lawatan itu, Shaikh Ahmad Haikal Shaikh Rohmat, pemilik Steel Technica menyembah maklum taklimat berkenaan dengan proses pembuatan alatan tersebut termasuklah membentuk, menempa, pemesinan, rawatan haba dan beberapa proses akhir lain sebelum siap sepenuhnya.
“Selain pembuatan pisau dan parang, steel Technica juga menyediakan servis untuk mengasah parang dan alatan penyembelihan yang mendapat sambutan dan permintaan yang tinggi terutamanya ketika musim Hari Raya Aidiladha setiap tahun,” ujar beliau.