Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangCyberjaya – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) terus komited dalam menyebarluaskan maklumat percukaian bagi memastikan rakyat “celik cukai” menerusi pelaksanaan Bulan Pendidikan Cukai (TEM) bermula pada tahun ini.
Program ini bertujuan memperkukuh asas pembesaran cukai kepada orang awam di seluruh Malaysia dengan menetapkan bulan Oktober sebagai Bulan Pendidikan Cukai yang diisi dengan pelbagai program kesedaran dan pendidikan cukai di seluruh negara.
YBhg. Datuk Dr. Abu Tariq Jamaluddin, Ketua Pegawai Eksekutif HASiL ketika menyempurnakan majlis perasmian berkata, program ini dirancang bukan sahaja bertujuan untuk meluaskan keterlibatan HASiL dengan rakyat, malah bagi mencapai objektif yang murni, iaitu ingin berkongsi peranan dan fungsi HASiL ke arah memakmurkan negara dan menyejahterakan rakyat.
Sebagai rekod, sehingga bulan September 2024 sebanyak 1,606 taklimat dan seminar cukai telah dilaksanakan oleh HASiL yang melibatkan hampir 40 ribu orang peserta.

Pengisian program yang akan berlangsung sepanjang tempoh ini di seluruh negeri turut menggabungkan pelbagai elemen pendidikan cukai dan keusahawanan menerusi aktiviti seperti Mini Karnival HASiL Negeri, Segmen Pocket Talk, Bengkel Sokongan dan Latihan Usahawan Perniagaan (BEST), Taklimat e-Invois, Program Sahabat HASiL, HASiL Your Tax Buddy@IPT, Siar Pod bersama Influencer tempatan dan sebagainya.
Selain itu TaxEdu Month 2024 dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik yang bertemakan pendidikan, kesedaran dan pematuhan cukai seperti Pertandingan Menulis Esei, Pertandingan Video Kesedaran Cukai, Pertandingan Video Tik Tok, Pertandingan Poster Grafik, Kuiz Percukaian, Kuiz Percukaian di radio dan sebagainya.

Aktiviti yang paling menarik ialah Pertandingan Taxplorace melibatkan seramai 170 penyertaan mahasiswa institut pengajian tinggi dari seluruh Malaysia.
Penganjuran Bulan Pendidikan Cukai ini dapat menjadi platform bagi mempromosikan HASiL agar tahap pematuhan cukai secara sukarela dapat ditingkatkan selaras dengan aspirasi HASiL untuk menyebarluaskan pendidikan percukaian kepada semua peringkat umur dan latar belakang.
Sebarang pertanyaan serta maklum balas, sila hubungi HASiL menerusi: