Diterbitkan pada 16 Oktober 2024, 17:37

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Cyberjaya – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL)  memandang serius terhadap penyalahgunaan nama Ketua Pegawai Eksekutif HASiL di mana-mana platform atau sebarang kegunaan yang boleh mengelirukan orang ramai.

HASiL menegaskan tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan dengan maklumat teks yang tular menerusi aplikasi Whatsapp menggunakan nama Ketua Pegawai Eksekutif HASiL.

Secara amnya, sebarang penyebaran berita palsu boleh didakwa di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM).

Tiada sebarang teks menerusi aplikasi Whatsapp boleh dilakukan tanpa kebenaran dan HASiL tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana pihak yang terlibat mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

Sehubungan itu, HASiL ingin mengingatkan orang ramai agar berhati-hati dengan sebarang bentuk teks Whatsapp, e-mel, pautan yang mencurigakan serta melaporkan mesej dan menyekat nombor tersebut.

Sebarang semakan maklumat berkaitan dengan percukaian boleh dibuat menerusi saluran yang sahih seperti berikut:

  1. Portal rasmi HASiL melalui pautan www.hasil.gov.my;
  2. Portal MyTax melalui pautan https://mytax.hasil.gov.my;
  3. Pusat Hubungan HASiL (HCC) melalui talian 03- 8911 1000; dan
  4. Berkunjung ke pejabat HASiL berhampiran.

HASiL memandang serius berkenaan isu ini dan meletakkannya sebagai keutamaan dalam usaha meningkatkan keyakinan serta kepercayaan pembayar cukai terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh HASiL dalam urusan pentadbiran percukaian.

HASiL akan terus berusaha menambah baik mutu perkhidmatan dan bertindak secara proaktif bagi menangani isu ini.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi