Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram
Langgan SekarangKuantan – Lembaga HASiL dalam Negeri Malaysia (HASiL) menganjurkan program HASiL Your Tax Buddy (HYTV@IPT) untuk mendekati generasi muda bagi meningkatkan pematuhan cukai dalam kalangan mereka.
Dengan pendekatan yang inovatif, program ini telah dibahagikan kepada dua segmen utama, iaitu HASiL Pocket Talk dan HASiL Taxplorace.
Program ini juga turut mengiktiraf peranan mahasiswa bagi bersama-sama meluaskan kesedaran percukaian dengan melantik dua orang peserta sebagai duta HYTB@IPT untuk membantu menyebarkan maklumat percukaian yang diterima daripada HASiL kepada seluruh warga IPT.
Dalam ucapan perasmian, YBhg. Datuk Hisham Rusli berkata, pendidikan percukaian perlu ditanam kepada semua masyarakat terutama generasi muda sebagai landasan terbaik kepada mereka untuk menjadi pembayar cukai yang bertanggungjawab dan menyemai semangat patriotik cinta akan tanah air.
Tambah beliau,
Pelaksanaan program ini juga seiring dengan Pelan Tindakan Keusahawanan Institut Pendidikan Tinggi yang menekankan kepentingan pengintegrasian elemen pendidikan keusahawanan dalam kurikulum lebih-lebih lagi dalam persekitaran ekonomi yang sangat kompetitif. HASiL percaya bahawa pendidikan yang holistik akan menyumbang kepada pembentukan usahawan muda serta dapat melahirkan masyarakat yang berpengetahuan tinggi dan berintegriti.
Beliau mengharapkan penganjuran program ini dapat diteruskan pada masa akan datang untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan cukai kepada generasi muda demi memastikan pembangunan negara sekali gus menyokong usaha Malaysia menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi.\
Siri jelajah ketiga pada kali ini telah berlangsung di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Kampus Kuantan, Pahang dengan penyertaan seramai hampir 100 orang peserta yang terdiri daripada mahasiswa pelbagai fakulti pada peringkat diploma dan sarjana muda.
Program yang telah masuk siri kelima pelaksanaannya bagi tahun ini merupakan kolaboratif antara HASiL dengan Kementerian Pendidikan Tinggi dalam membentuk generasi celik cukai terutamanya golongan mahasiswa yang bertanggungjawab seterusnya meningkatkan tahap pematuhan cukai secara sukarela.
Yang turut hadir dalam majlis perasmian tersebut ialah YBrs. Encik Khairulzain Abd Rahman, Pengarah (Pentadbiran) UIAM Kampus Kuantan, YBrs. Encik Ruslan Othman, Pengarah HASiL Negeri Pahang serta pegawai kanan HASiL dan UIAM Pahang.
Untuk sebarang pertanyaan serta maklum balas, sila hubungi HASiL menerusi: