Diterbitkan pada 4 Oktober 2024, 10:52

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Cyberjaya – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) memaklumkan bahawa sistem Potongan Cukai Bulanan (PCB) baharu e-PCB Plus sedang dibangunkan bagi menggantikan sistem sedia ada, iaitu e-PCB, e-Data PCB dan e-CP39 di bawah satu platform menerusi portal MyTax.

Mulai 24 September 2024, e-PCB Plus Fasa 1 akan dibuka kepada majikan sebagai persediaan awal sebelum sistem ini berfungsi sepenuhnya pada tahun hadapan.

Fasa 1 melibatkan pendaftaran peranan Majikan/Wakil Majikan/Pentadbir PCB melalui portal MyTax manakala pendaftaran peranan Wakil Pentadbir/Kemas Kini Maklumat Majikan dan Pekerja melalui e-PCB Plus.

Pengguna e-PCB Plus perlu log masuk menerusi portal MyTax dengan memilih peranan yang berkaitan sama ada Majikan/Wakil Majikan/Pentadbir PCB/Individu (Wakil Pentadbir).

Maklumat berkaitan dengan Manual Pengguna e-PCB Plus boleh diakses melalui pautan https://mytax.hasil.gov.my > Panduan Pengguna > Manual Penggunaan e-PCB Plus.

Sebagai maklumat tambahan, sistem PCB sedia ada masih berfungsi seperti biasa hingga pengumuman penutupan dimaklumkan dengan mengambil kira pembangunan sistem Fasa 2 e-PCB Plus selesai dibangunkan.

Untuk sebarang pertanyaan serta maklum balas, sila hubungi HASiL menerusi:

  1. Pusat Hubungan HASiL (HCC) melalui talian  03-8911  1000/603-8911  1000 (Luar Negara);
  2. Sembang Langsung HASiL; atau
  3. Borang Maklum Balas dalam portal rasmi HASiL melalui pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/Public/
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi