3 Oktober 2024, 13:02

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Perlis – Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) berhasrat untuk mewujudkan ekosistem keusahawanan yang kondusif dalam kalangan graduan atau alumninya.

Rektor KUIPs, YBhg. Prof. Dr. Muhamad Rozaimi Ramle berkata, hasrat ini berupaya mentransformasi pelajar menjadi usahawan berjaya di samping mewujudkan lebih ramai pencipta kerja.

Saya yakin melalui program ini yang menggabungkan ahli panel daripada pelbagai pemain industri untuk berkongsi ilmu, pengalaman dan pandangan melalui Wacana Keusahawanan bertajuk Muslimpreneur Talk: Excel The Falah dan aktviti keusahawanan yang dianjurkan pastinya dapat mempercepat hasrat universiti untuk membentuk usahawan muda yang berjaya.

Demikian menurut beliau ketika merasmikan Mini Carnival Eduprenuer 2.0 anjuran Fakulti Perniagaan dan Sains Pengurusan dengan kerjasama Pejabat Timbalan Rektor Pembangunan Pelajar dan Alumni di Kampus Kuala Perlis, semalam.

Bersempena dengan karnival tersebut, Rektor KUIPs turut melawat reruai dan menyampaikan sijil penghargaan kepada agensi-agensi yang mengambil bahagian dalam karnival yang diadakan ini.

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), YBrs. Tuan Haji Mohd Nazim Mohd Nor, Setiausaha Kehormat Yayasan Tuanku Syed Putra Perlis, YBhg. Dato’ Johari Mohd Darus, Dekan Fakulti Perniagaan dan Sains Pengurusan, YBrs. Dr. Farah Mastura Noor Azman, Pengarah Jabatan Penerangan Perlis, Timbalan Pengarah Pendidikan Perlis, Dekan-dekan dan pegawai KUIPs.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.